Bila bercakap pasal rezeki pasti semua orang melihat pada pendapatan semata-mata. Sedarkan anda bahawa rezeki itu bukan hanya pada pendapatan sahaja. Sebelum itu saya nak jelaskan sedikit pengertian REZEKI.
Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian
ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang
boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh
dimakan maka itu rezeki. (lihat: Abu al-Baqa al-Kafawi, al-Kulliyyat, 472. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Lebih atau kurang rezeki seseorang itu adalah aturan NYA. Jadi kita sebagai hamba hendaklah bersyukur dan berusaha dalam mendapatkan rezeki. Jadi dalam entri kali ini saya ingin berpesan kepada diri saya dan semua agar carilah rezeki yang halal dan bersyukurlah dengan rezeki yang anda perolehi. Sekadar itu saja renungan saya untuk kali ini. Wassalam...
No comments:
Post a Comment